Pengenalan

PENGENALAN KEK LAPIS SARAWAK

Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun. Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal.

Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz. Kami sekadar menamakan beberapa jenis kek seperti Domino, Ketupat dan Coklat chip merupakan antara kek pelbagai rasa dan corak yang  mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan kami.

Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Kek Lapis Sarawak di samping menjadi menu utama hari – hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai, turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan, Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu bentuk kelainan.

Kini, Kek Lapis Sarawak merupakan industri besar yang bakal menjengah ke pasaran global sesuai dengan keunikannya yang cantik dilihat dan sedap dimakan.



PENGENALAN PN.MULIATI (Pembuat Kek Lapis Sarawak)

Mula mempelajari asas pembuatan Kek Lapis Sarawak sejak 1997. Bermula tahun 2004 mula mengambil tempahan dari saudara-mara dan rakan terdekat sahaja setiap kali perayaan. Namun, setelah mendapati permintaan untuk Kek Lapis Sarawak tidak bermusim, saya mula mengorak langkah untuk memasarkan Kek Lapis Sarawak sepanjang tahun. Setiap langkah diatur dan komen positif dari pelanggan dijadikan saya bertambah semangat, kini Kek Lapis Sarawak buatan saya, boleh didapati dari ajen-ajen saya seluruh Malaysia. Alhamdulillah, selangkah lagi kehadapan, kini Kek Lapis Sarawak mendapat tempahan dari negara jiran iaitu Brunei & Singapore.

Menerima tempahan sepanjang tahun & tempahan khas atau doorgift mesti memaklumkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis.


Produk ygditawarkan :
1) Kek Lapis Sarawak (Biasa)
2) Kek Lapis Sarawak (Roll)
3) Kek Lapis Sarawak (Batik/Cetak)
4) Kek Lapis Sarawak (Doorgift/Cenderahati)
5) Cheese Tart (akan datang)
6) Apam kukus colorfull (akan datang)
7) Bahulu & bahulu berinti (akan datang)


Tiada kos penghantaran kecuali untuk
doorgift/cenderahati sahaja.